Thursday, July 31, 2014

SENYUM :)




SENYUM... Tak perlu kata apa-apa ! heheee :D

Mampukah kita tersenyum disaat kita diuji oleh yang Maha Esa ? Ya, kita mampu ! kerana kita mampu lah Allah menguji kita dengan menunjukkan kasih sayangNya kepada kita. Jangan pernah mengeluh saat kita diuji dan diduga. Ujian dan dugaan yang Allah beri adalah mengikut kemampuan setiap hambaNya, Allah tahu pada tahap mana kita mampu hadapi semua yang sudah ditetapkan. Mungkin kita selalu berkata ''mengapa dunia ini tidak adil. mengapa Allah tak pernah bagi apa yang aku inginkan" Kau nak tahu jawapannya kenapa ? Allah tak bagi apa yang kau inginkan kerana Allah taknak kau lupakan Dia disaat Dia beri semua yang kau mahukan, Allah mahu melihat usaha kau meminta kepadaNya dengan rintihan meminta tolong tanpa putus asa. Allah tak beri apa yang kau INGINKAN, tapi Allah lebih tahu apa yang kau PERLUKAN. 

TIPS SENYUMAN PALING MANIS :
Saat ditimpa ujian, katakanlah "Ya Allah, aku REDHA dengan apa yang telah Engkau takdirkan untukku"
Lantas, SENYUMLAH :)


by : nurfikaaa

Thursday, July 10, 2014

hati-hati dalam menjaga hati



Bila kita bercerita 'soal hati', hati mana yang ingin rasa disakiti ? Walau seburuk mana pun kita, sejahat mana pun kita tentu akan ada perasaan ingin merasa yang 'hati aku harus dijaga rapi', tak semestinya dijaga oleh diri sendiri, tapi juga oleh orang sekeliling, lagi lagi orang yang kita sayangi. Hati ialah berkaitan dengan emosi, emosi berkait rapat dengan perasaan. Perasaan ni terbahagi kepada pelbagai perasaan, contoh : perasaan malu, perasaan cemburu, perasaan kecewa, perasaan untuk rasa dicintai oleh orang yang dicintai, perasaan rindu, perasaan sakit hati dan macam macam lagi. 'Soal hati' .... Tak semua orang berjaya menjaga hatinya dengan sendiri, dan tak semua orang boleh faham hati orang lain. Kadang kadang kita kata kita okay walaupun pada masa itu kita sangat sangat tak okay dan rasa sangat sangat down, itu terjadi bila kita bermain dengan perasaan 'ego' dimana perasaan ini kita takkan mengaku atau bagitahu orang lain tentang apa yang kita rasa walaupun sakit bila menahan. Setiap orang ada ego dalam dirinya sendiri, samaada ego yang positif atau negatif. Ego ni kita kena kawal dengan adil, jangan terlalu berlebihan dan jangan pula berkurangan. Kerana tanpa ego juga kita boleh jadi dibenci oleh orang, dan dengan ego juga kita boleh dibuang oleh masyarakat. The conclusion is, kalau kita nak orang jaga hati kita, caranya sangat mudah, kita juga perlu jaga hati orang lain. Tapi ingat, jangan jaga hati orang lain sampaikan hati sendiri tak terjaga !

by : nurfikaaa